Mengah juga Datin menyusuri terowong, cuba mengikuti langkah mereka yang begitu pantas. Apa taknya, bukan mudah nak beraksi dengan kamera dalam suasana seperti itu sambil nak menten "catwalk" Datin dalam terowong ala terusan yang mungkin dipenuhi "catfish" itu. Tak mengapalah, demi anda semua, Datin usahakan juga mendapatkan pose-pose yang menarik dalam siri Model Terowong ini.
Menurut ceritanya, terowong ini menerusi perut gunung yang terdiri daripada batu-batan yang berusia lebih 400 juta tahun.
Ia mungkin terhasil secara semulajadi semasa pembentukan gunung berjuta-juta tahun dahulu, yang kemudiannya dikeruk permukaannya bagi memudahkan laluan, oleh anggota komunis pada zaman darurat selepas tentera Jepun meninggalkan Tanah Melayu. Terowong ini merupakan terowong rahsia yang digunakan oleh anggota komunis pada waktu itu untuk lari bersembunyi daripada pihak berkuasa tempatan. Sesiapa sahaja yang melaluinya pasti mempunyai rasa ingin tahu apakah yang terdapat di hujung terowong sana. Bagi model-model Datin, apa sahaja yang terlihat di sepanjang terowong itu dikelebek sepuas-puasnya untuk mentafsir segala yang tersirat. Dan sudah tentu, kami tidak melepaskan peluang untuk sesi fotografi sebagaimana biasa. Dalam hawa gunung yang dingin, tahap oksigen yang terhad, pandangan serba gelap dan di sana-sini air-air gunung mencurah daripada lelangit terowong, model-modal Datin masih terus bersemangat dan langsung tidak kekok berposing depan kamera. Cayalah!! Jom Gemerincing dengan Model-Model Terowong...

Fuad sedang memerhatikan sesuatu di lelangit terowong. Foto ini memperlihatkan gaya yang penuh intelektual, bak ahli kajibumi sedang mencari jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran berkenaan batu-batan terowong berusia lebih 400 juta tahun itu.
Azie bersama rakan-rakan kelihatan ceria menyegarkan badan dengan air mata air yang mengalir dari dinding terowong.

Berjalan di dalam gelap memanglah amat payah. Di lorong yang sempit itulah mereka berasak-asak berjalan dengan berhati-hati. Mujurlah kami semua fit secara fizikalnya. Slim you... Sorang dua yang tanpa potongan tu exceptional lah.. Janji muat lalu terowong...

Dalam sempit-sempit macam-macam ragam Datin lihat. Ada yang sebijik ghopa anggota Parti Komunis Malaya. Mana nak tau, kot-kot ada saki-baki cucu-cicit mereka yang kebetulan mengikut rombongan Datin??
Ini adalah cara-cara berposing di ruangan yang sempit dan terhad. Menonggeng-nonggeng jugak Datin menyerodok kat celah-celah rekahan terowong tu untuk dapatkan angle yang best. Mujur tak ada tikus atau lipas... Lintah tak apa, Datin suka.
Datin sempat juga mengabadikan foto yang Datin panggil Senyuman Batu 6 atau 6th Miles Smiles. Anna, model kita, walaupun ibu beranak satu, menten dengan senyuman.... No sweat gitu!!!

Di pertengahan jalan menerusi terowong yang berliku itu, terdapat sebuah ruang seperti gua kecil di mana kami dapat berhenti seketika untuk melepaskan penat-lelah. Sebenarnya di sepanjang terowong tersebut terdapat banyak ruang-ruang kecil, lubang-lubang yang membawa kepada satu ruangan kecil yang merupakan ruang-ruang persembunyian anggota komunis apabila terdesak. Pada bahagian dinding, di kiri kanan terowong
masih terdapat lampu-lampu suluh lama, tembikar-tembikar lama, pelita-pelita lama, kendi-kendi air dan berbagai peralatan yang mungkin digunakan untuk membina terowong. Terdapat juga binaan seperti anak tangga yang membawa kepada ruang-ruang kecil yang agak tersorok.
Sayu juga hati Datin apabila mengenangkan betapa sukarnya kehidupan pada zaman darurat itu. Mereka pun manusia juga dan demi kepercayaan dan kesetian mereka terhadap ideologi parti, mereka terpaksa mengharungi kepayahan seperti itu. Bagi kita yang hidup di zaman ini, mengharungi tempat-tempat sebegini hanya satu kerja-kerja riadah.... Lokasi penggambaran modelling... Teruk ler..


Sambil bersantai melepaskan penat, dapatlah kami menghayati keindahan suasana terowong sambil bersembang-sembang. Sungguhpun tempat itu tertutup namun aliran udaranya baik dan segar. Suasana dingin, sunyi dan gelap itu amat sesuai untuk merehatkan minda. Kami sempat bergelap seketika dengan mematikan semua lampu kepala kami. Satu benda pun tak nampak. Dalam gelap itu Datin tidak melepaskan peluang membuat beberapa "photoshot" secara "candid". Mujurlah dalam hening terowong itu tak ada yang melepas. Kalau tidak, harus ada yang memerlukan bantuan CPR.



Lebihkurang 2 jam juga kami menghabiskan masa dalam terowong tersebut. Dari wajah para peserta, nyata walaupun letih mereka gembira. Kami meneruskan perjalanan untuk mengetahui apa yang terdapat di hujung terowong sana... Khabarnya ada "Jurassic Park"?




Shooting kami selesai dengan jayanya. Setelah puas berposing maut di setiap celah-celah yang boleh dimuatkan badan dan muka, kami pun bergegas menuju ke destinasi seterusnya. Lihatlah betapa macho menggodanya Baia dan Shah, model muka lanun sensasi kami... Tak main ler Pirate of Carrebean (betul ke ejaan ni?)... Kita mahu Pirates of 6th Miles Tunnel...

Kami tidak perlu risau diekori jenglot atau apa-apa yang sewaktu dengannya semasa melalui terowong yang gelap itu sebab ada Power Rangers yang mengawasi kami.

Dan... Of course, Chief De Mission kita ada!!! Jangan main-main, garang tu...
.... bersambung...