Tuesday, April 22, 2008

JOM GEMERINCING BERSAMA MODEL SURVIVOR MUSIM BARU

SESSI PENGGAMBARAN


SIRI SURVIVOR MUSIM KE-9


DI LOSTWORLD 6TH MILES TUNNEL...???



Macam biasa, sebelum memulakan penggambaran, marilah kita berkenalan dengan para aktor dan aktres untuk musim kali ini. Boleh tahan jugak masing-masing dengan gaya dan cara tersendiri.








Selepas lebihkurang 2 jam mengharungi terowong yang penuh cabaran, kami semua selamat tiba ke penghujung perjalanan. Di mulut bukaan yang nampak seperti Batu Belah Batu Bertangkup itu kami keluar daripada terowong seorang demi seorang, sambil menghela nafas lega dan menghirup udara lembah yang segar lagi nyaman. Syabas kerana telah melepasi cabaran pertama!!!









Separuh badan jugalah kami telah basah kuyup dek air terusan dalam terowong. Tapi kami rasa seronok. Jaket keselamatan dan helmet ditanggalkan untuk dikeringkan. Lagipun perjalanan kami selepas itu tidak memerlukannya.

















Kami berehat sebentar sambil memperkemaskan diri untuk perjalanan seterusnya. Sempat juga bersembang, bersesi fotografi dan yang memerlukan oksigen tambahan tu... berasaplah persekitaran.




















Inilah muka-muka yang bakal menggegarkan lembah itu...






Perjalanan ke Marble Cave

Selepas berehat, kami memulakan perjalanan melalui belukar dan hutan renek menuju ke Marble Cave. Kawasan di sepanjang perjalanan nampak macam dalam hutan Amazon. Suasananya lembap dipenuhi tumbuhan yang menghijau. Adakalanya memang terasa macam berada di dunia lain, zaman pra-sejarah? Walaupun waktu itu sudah tengahari, namun langsung tidak terasa terik matahari. Perjalanan kami ke Marble Cave pun tidak terasa letih, lapar mahupun dahaga.






Thumb-up dari Azie, gadis lemah-lembut tetapi lasak.






Wajah-wajah penuh teruja... Bersiap-sedia menyahut cabaran.










Bercakap tentang Bintang Tiga, kawasan ini dulunya merupakan tempat persembunyian kumpulan tersebut. Di sinilah mereka membina kubu.






"6th Miles Tunnel" membawa kami ke sebuah dataran yang luas, seluas kawasan jika semua komplek-kompleks sukan di Stadiam Perak digabungkan. Dataran ini dikelilingi oleh gunung-gunung batu kapur yang berusia lebih daripada 400 juta tahun. Buat masa ini hanya "6th Miles Tunnel" merupakan satu-satunya terowong yang menjadi laluan masuk ke dataran ini. Mungkin terdapat laluan-laluan lain tetapi jika melalui laluan-laluan tersebut kita terpaksa menyelam dalam air yang memenuhi terowong. Laluan-laluan tersebut sehingga kini tidak diketahui kedudukannya.


Di dataran ini terdapat kesan-kesan penempatan anggota komunis lengkap dengan kubu, bangunan pejabat, gua-gua persembunyian, kolam ikan, kawasan latihan menembak, kawasan tanaman herba dan tumbuhan rempah-ratus. Akibat ditinggal lama, kawasan ini dipenuhi semak-samun.



Keseronokan terpancar di wajah kami; sambil bergurau-senda, riuh betul masing-masing menggantikan sekawan kera. Cuma tak ada yang bergayut-gayutan aja.












BERSAMA RAJA ULAR BELUKAR 6TH MILES

Dalam perjalanan itu, kami telah bertembung dengan Raja Ular Belukar 6th Miles. Tak percaya??? Jom teruskan bersama siri Gemerincing ini...









Di celah-celah pelepah kelapa sawit yang ada di situ, kami ternampak seekor ular daun berwarna hijau sedang meniti. Kami sangka Cheah akan berminat untuk menangkapnya tetapi dia yang terlebih dahulu cabut lari jauh-jauh. Setelah memerhati jenis ular, En Salleh mendapati ia bukan dari ular berbisa. Beliau sedaya-upaya telah menangkap ular tersebut untuk kami.

Anna, camerawoman kami ala reporter dari National Geographic, tidak melepaskan peluang mendekati ular berkenaan untuk mengambil gambar.
Oit Fendi, geli ke tengok ular???



Hairan juga Datin, kenapa ular liar itu begitu jinak? Jangan tak tahu, kita ada Raja Ular.. He He He... Tengok tu, begitu manja sekali Baia bersama ular...




Menyusuri Sungai Siput Sedut

Selepas puas bermain dengan ular, kami melepaskan ular tersebut. Cheah masih lagi takut sebab katanya nanti masa berjalan balik melalui kawasan itu, ular tersebut akan bawa geng tunggu kami di situ. Kami meneruskan perjalanan kami ke Marble Cafe. Di dalam perjalanan itu kami menemui sebatang anak sungai yang jernih airnya. Anak sungai ini sebenarnya adalah dari aliran air mata air yang terdapat di Marble Cave.



Fendi seronok bebenor dengan Siput Sedut...Silap ler sebab tak bawa periuk belanga. Kalau tidak, tentu Datin boleh memasak tengahari itu. Siput sedut masak lemak dengan keladi tentu best!!!


















MARBLE CAVE
Marble Cave atau Gua Marmar adalah sebuah gua yang kedudukannya tersembunyi di dalam gunung batu kapur. Gua ini terbentuk kesan daripada hakisan air yang melalui celahan pada batu-batan gunung. Melalui proses yang memakan masa berjuta-juta tahun, sebuah lohong besar (gua) terbentuk penuh dengan stalagtit dan stalagmit yang begitu indah tersusun bak hiasan yang diperbuat daripada marmar. Sesiapa sahaja yang datang ke situ pasti ingin menyaksikan sendiri keindahan alam semulajadi yang tersorok ini. Malangnya bukan semua orang dapat masuk ke gua ini. Mengapa?

Satu-satunya laluan untuk masuk ke dalam Marble Cave cumalah sebuah lorong yang hanya memuatkan seorang yang bersaiz kecil. Bolehlah Datin istilahkan sebagai lubang tikus. Di dalam kumpulan kami, hanya mereka yang berpinggang ramping seperti Fendi, Haris, Fuad, Castello, Azie, Anna, Padz, Shah, Sham dan Datin sahaja yang betul-betul dapat melalui lorong tersebut dengan ngam-ngam sahaja. Malah En Salleh (pemandu kami) pun memberitahu beliau sendiri belum tentu dapat celus ke dalam sana.
Hari itu, kumpulan kami yang cuba untuk melepasi lorong sempit berkenaan didahului oleh Haris, Fendi dan Fuad. Menurut mereka, memang payah untuk melepasi lorong berkenaan.

Kelihatan Shah dan Castello bersiap sedia untuk masuk ke dalam lubang tikus untuk memasuki Marble Cave.

Anna, dengan gaya cool di hadapan lubang tikus Marble Cave.










Haris, Fendi dan Fuad berjaya sampai ke penghujung lorong sempit itu. Malangnya, menurut Haris, di penghujung lorong itu, bukaan ke Marble Cave merupakan celahan leper di mana sesiapa yang mahu melaluinya terpaksa merangkak secara berbaring di celahan leper itu. Suasana di dalam Marble Cave itu sangat gelap jika tanpa bantuan lampu suluh bertenaga tinggi. Selepas melepasi celahan leper itu, kita terpaksa berhadapan dengan satu cerun ke lantai gua.

Fuad dan Haris rancak menceritakan pengalaman mereka memasuki Marble Cave.









Entah apa yang diceritakan oleh Azie kepada Shah.
Di sebelah kiri itu ialah air terjun kecil manakala di sebelah tengah gambar kelihatan lubang tikus ke Marble Cave.


SAILOR KANTAN BERAKSI!!!!!

Dalam kesibukan ahli lain cuba memasuki Marble Cave, diam-diam cik Padz kita sempat juga pergi ke kawasan yang satu masa dulu merupakan ladang herba dan tumbuhan kontan anggota komunis yang mendiami kawasan itu. Di sana menurut Padz, terdapat kawasan luas dipenuhi pokok Bunga Kantan. Beliau dibantu En. Salleh dan Firus (jurugambar Lostworld) telah mengutip bahagian-bahagian pokok bunga kantan pada beberapa peringkat pembentukan bunga dan buah tumbuhan ini. Selain bunga kantan, terdapat juga tumbuhan lain seperti pucuk paku, malah satu spesies Rafflesia.




Lihat ler tu, Pencinta Alam kita... Jangan memain, kalau kena ketuk dengan buah kantan tu boleh jadi Kera Duku...




Satu daripada spesies Rafflesia yang ditemui.

Sebelum bergegas pulang semula ke terowong 6th Miles, kami berehat dahulu. Berborak, bergambar dan ada yang menangkap ikan...

Seronok juga sambil duduk-duduk kita tangkap anak ikan.

Dari kiri: Firuz (jurufoto Lostworld), Cheah (Sales Co-ordinator Lostworld), Jiba dan Faizal.

Oleh kerana masa yang terhad dan keadaan cuaca di sebelah petang yang tidak menentu, kami tidak meneroka kawasan-kawasan lain yang terdapat di dataran itu. Kami perlu segera keluar daripada 6th Miles Tunnel untuk mengikuti program lain pula untuk hari itu.

Bagaimanapun, kami rasa amat seronok dan berpuas-hati dengan pengalaman baru ini. Melalui aktiviti ini, hubungan kami menjadi lebih erat disamping dapat menimba ilmu serta menyihatkan badan.

Tidak banyak foto-foto menarik dapat diambil pada hari itu kerana hampir kesemua kamera kami termasuk kamera jurufoto Lostworld telah kehabisan bateri.

"Tak mengapalah", ujar Chief De Mission kami, Aery. "Ada rezeki kita datang lagi dengan projek yang lebih khusus".

"Ini pun kira foto menarik..." katanya lagi sambil berposing di sebelah sisa-sisa binaan kubu peninggalan anggota komunis.







Pengalaman beraksi dalam siri SURVIVOR celup ini boleh diibaratkan kepayahan melalui kehidupan seharian juga. Untuk melakukan perkara yang baru iaitu yang berlainan dari kebiasaan tentulah ada sahaja halangan dan rintangan yang tidak diduga akan terpaksa ditempuhi. Namun, anggaplah ia sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kita terhadap masyarakat terutama untuk mereka yang masih bertakung di bawah tempurong. Ilmu itu sebenarnya terdapat di mana-mana walaupun di dalam longkang. Malah Pasteur mendapat ilmu berhubung Penicillium sehingga terciptanya antibiotik Penisilin adalah melalui cecair yang menitis dari lubang hidung beliau.... (eh.. eh... relevan ke dengan 6th Miles Tunnel??? Terowong gak tu...)

bersambung.......