Wednesday, May 7, 2008

GEMERAKSI MODEL-MODEL DATIN DI LOSTWORLD



JOM GEMERAKSI



BERSAMA AJK SFD07





Selepas menikmati hidangan makan tengahari yang telah terlewat ke waktu minum petang itu, model-model Datin pun apa lagi... Terus gemeraksi (gemerincing + aksi) untuk sesi Free & Easy. Memang best! Di Lostworld of Tambun, terdapat banyak permainan yang boleh dinikmati. Datin nak sebut satu persatu pun, tak termuat rasanya blog ini. So, klik ajalah ke pautan...



Antara semua permainan itu, model-model Datin memang suka sangat kat yang satu ini. Entah apa namanya Datin pun tak ingat. Datin cuma tahu tunggu dengan lensa kamera. Suka sangat rakamkan detik-detik penuh gemeraksi! Jom...




SHAH DAN SHAM...


Gabungan Shah & Sham yang kedua-duanya kurus dan tinggi agak stabil. Tiada masalah untuk pelampung terbalik atau terpelanting. Tapi kan... di sepanjang-panjang gegelung lungsur itu, adui macam orang kena polong mereka menjerit....



















AZRUL DAN BAIA.....

Bukan nak mengata... tapi gabungan Azrul dan Baia memang melucukan. Apa tidaknya, jenuh penjaga kat atas sana setengah mati menolak pelampung mereka... Tak bergerak.




































PADZ DAN JIBA....
Padz dan Jiba meluncur dengan licin..













ANNA DAN ANAK...
Gabungan ibu dan anak... menggelungsur dengan tenang, ceria dan gembira...





















HARIS DAN FENDI...
Gabungan dua jejaka cun yang bersaiz come-lote ini, memang terpelanting sana-sini. Walaupun sukar, Datin rasa seronok mangambil gambar-gambar untuk gemeraksi mereka... Penuh cabaran..


























AERY DAN JIBA.....
Gabungan yang berat... Sepanjang-panjang lorong gelungsur itu, pelampung mereka tidak meluncur selaju yang lain... Patutler muka depa sengiiiih aja...














CASTELLO DAN FUAD....
Gabungan yang ideal.... Mereka meluncur penuh kawalan... Licin...














Penuh gaya... Fuad memberikan "thumb-up".


GEMERSANTAI DI

KOLAM AIR PANAS (LOSTWORLD HOTPRING)

Selepas penat gemeraksi sambil berposing di gelungsur apa entah tu, model-model Datin pun bergemersantai (gemerincing + santai) di Lostworld Hotspring pada lewat petang itu. Kehangatan air kolam yang dipam daripada sumber mata air panas di Tambun Hotspring itu melega dan merelakskan otot-otot kami yang kejang. Hmm begitu nyaman disapa bayu petang dari pergunungan batukapur yang mengelilingi kawasan itu. Datin terasa awet muda (memang muda pun... he he..)






Empat jejaka yang sedang panas ini malu-malu pula di gigi air kolam air panas. Sempat juga mereka melamparkan senyuman manis ke lensa kamera Datin.









Kan Datin dah kata, dema ni malu-malu kucing jer... Asal Datin toleh ke lain, gedebush... mereka terghojon ke air.... Dema tak tahu candid camera Datin dah siap terpasang









Lewat petang itu, sempat juga kumpulan Dara Menten kami berjumpa dan melepak dengan Kumpulan Ibu Rabak di kolam air panas.








Apa ke hal dengan 2 Dara Menten ini? Katanya mereka buat gaya "Duyung" macam Maya Karin, tapi Datin nampak macam gaya "Dugong", atau macam singa laut... Sikit-sikit macam burung wak-wak.... Mana-manalah, janji ada gaya...








Kome ingat Dara Menten dan Ibu Rabak aja pandai berposing? Meh sini Datin tunjuk gaya Bapa-bapa Ranggi..




















Kami pulang pada hampir jam lapan malam itu, selepas puas berdebur-deburan di kolam air panas bagi melegakan badan yang sehari suntuk diseksa sambil melayan tekak dan perut dengan Waffle berbagai perisa bersama cendol dan ABC.
Charlie's Angels kami telah pulang awal kerana mereka terus pulang ke rumah masing-masing yang jaraknya kira-kira 1 jam perjalanan dengan kereta. Bagi yang lelakinya, mereka bermalam di apartment di Sunway City. Faizal yang perlu menghadiri majlis kenduri kahwin pada keesokan harinya tidak dapat bersama-sama kami malam itu.
Apakah acara malam itu? Eh, mana boleh stori kat sini. Itu privacy tau bukan promosi.

OKlah, setakat ini saja Datin bercerita untuk Jom Gemerincing Di 6th Miles Tunnel....
Untuk kisah kami ke Gua Datok.... Jom Gemerincing dengan

JOM GEMECEBUR PULA BERSAMA AJK SFD07!!!



WATER CONFIDENCE DI TASIK TERATAI
GEMECEBUR BERSAMA MODEL DATIN


Berhampiran dengan Needle Of Tambun, terdapat satu kawasan luas di mana terdapat sebuah tasik (sebenarnya mungkin sebuah lombong tinggal). Di pinggir tasik ini yang berdekatan dengan kawasan rumah mewah Sunway City, pokok-pokok bunga teratai tumbuh membiak dengan subur dan banyak. Udara dan suasana di situ sangat nyaman dan segar. Sesuai untuk merehatkan badan dan minda. Oleh sebab dikelilingi gunung-gunung batukapur, membuatkan kawasan ini menjadi begitu redup dan sejuk.

Demi terpandang tasik tersebut, model-model Datin pun apa lagi... Masing-masing meminta untuk bergemecebur (gemerincing + cebur). Sememangnya mereka dibawa ke situ untuk aktiviti keyakinan diri terhadap air (Water Confidence). Setelah memperkemaskan jeket keselamatan yang dipakai, tanpa disuruh mereka terus terjun ke dalam air, macam itek melihat air...

Datin lupa siapa yang mula-mula terjun... Kalau tak Fendi, Castello rasanya... Ataupun Haris. Seronok Datin lihat gelagat mereka. Datin abadikan di sini....










Faizal memang takut air sebab dia tak pandai berenang. Macam mana pun, dengan Chief De Mission (Aery) kita ada kat sebelah, mana dia berani cakap TAKNAK... Akhirnya, berani jugak Faizal kita...









Memang seronok berendam beramai-ramai macam ini. Air tasik itu memang sejuk dan menyegarkan. Beraktiviti begini dapat menghilangkan tension tau. Fikiran jadi lapang... Kalau tak percaya pergilah cuba...















Sambil gemecebur itu, dapatlah model-model Datin menambahkan pengalaman dan pengetahuan tentang keselamatan dalam air. Perkara ini penting kerana tanpa pengetahuan cara menggunakan jeket keselamatan, kita mungkin boleh lemas juga. Ramai mungkin menganggap Datin dan model-model Datin ini hanya sekadar pergi gedik santai. Jaga mulut tu sikit weh... Setiap aktiviti yang disediakan itu, ada kegunaan dan kepentingannya...



















Mereka diajar cara-cara menyelamatkan diri dengan mengapungkan diri menggunakan jeket keselamatan. Cara membuat bulatan untuk terapung dalam kumpulan.

























Sambil bersantai dan merakamkan foto-foto, terfikir juga di fikiran Datin, jika tiada aktiviti-aktiviti sebegini, entah bila agaknya kami dapat bersama-sama meluangkan masa menimba ilmu pengetahuan di samping eratkan hubungan... Hal sebegini adalah penting kerana ia meningkatkan lagi motivasi kami. Selain itu, kami juga dapat berkenalan dan merapatkan hubungan dengan kakitangan Lostworld yang sememangnya peramah, berkebolehan serta berpengalaman luas.

Gemeronok (gemerincing + seronok) membuatkan kami leka dan lupa bahawa kami hanya makan bebatang bijirin (cereal bar) untuk makan tengahari. Mujur En. Salleh mengingatkan kami... Lantas kami bergegas ke Restoran & Warung Di Lostworld, melewati Needle of Tambun, Tiger Valley dan kawasan free & easy Lostworld.

Melintasi tempat makan di Lostworld membuatkan kami mula terasa lapar dek kerana terhidu masakan di situ. Selepas mebilas badan, kami pun menjamu selera.


Jom!!!!

GEMEREHAT SAMBIL MAKAN

DI WARUNG LOSTWORLD OF TAMBUN



Charlies Angels kita, sudah siap touch-up muka masing-masing.... Makan pun kena lawa weh... Nanti hilang keenakan juadah..


Apa yang jelas... Model Datin sentiasa Gemeready (gemerincing + ready).








Alamak! Si Aery dan Baia sempat buat Tarian Gemerlayana (Gemerincing + Malayana) ke bagi memberi aluan kepada para peserta... Boleh tahan gak..









Kami disambut oleh En Wira di warung makan Lostworld. Beliau yang tidak dapat menyertai kami ke 6th Miles Tunnel kerana mengendalikan acara Sukaneka, telah meluangkan masa bersama kami di situ.

En Salleh yang cool sepanjang masa, kerap berjenaka... menambahkan gemeriang suasana.

















Menjelajah 6th Miles Tunnel betul-betul berbaloi. Bukan sahaja kerana harga yang ditawarkan berpatutan, malah setiap saat yang kita luangkan untuk aktiviti sebegini memang memberikan faedah. Datin telahpun mengambil peluang ini untuk maximisekan semua faedah... Of course, selain dari merampingkan pinggang, melapangkan minda, merapatkan silaturrahim, mempelajari segala pengetahuan baru yang mungkin tidak terdapat di tempat lain, Datin juga telah dapat merakamkan detik-detik indah yang kami lalui.

Eh, bukan semua orang dapat gemercekap (gemerincing + cekap) macam Datin mengusung kamera di lokasi yang serba susah. Mujur Datin ini adalah sikit-sikit hebat macam Dato Michelle Yeoh (senior Datin rasanya masa sekolah-sekolah dulu). Dia pun Ipoh mali maah...

bersambung.....

Monday, May 5, 2008

JOM GEMERINCING PENUH YAKIN BERSAMA AJK SFD07

PERJALANAN PULANG YANG GEMERIANG...

Adui.. Letih Datin cuba update post yang ini... Asyik sangkut aja. Udah jadi lintang-pukang.... Tak apa, kita cuba dan cuba lagi...
Petang itu, walaupun mereka belum puas menyelongkar keseluruhan Lembah Yang Hilang di penghujung 6th Miles Tunnel itu. model-model Datin tetap puas dan rasa seronok. Mereka makin teruja untuk bergemerincing dalam acara seterusnya. Perjalanan pulang begitu gemeriang (gemerincing + riang) sekali, melalui semula terowong yang dilalui pagi itu. Sempat juga mereka berposing di sepanjang perjalanan....

Baia dan Jiba sempat merakamkan kenangan berlatarkan dinding gua di mulut terowong yang ada tertulis nama Rashid Maidin, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya suatu masa dulu.









Lihatlah wajah-wajah gemeriang Faizal dan rakan-rakannya yang diraikan dalam misi kali ini sebagai pemenang Hadiah Utama Cabutan Bertuah SFD07 pada 23 Mac 2008.











Castello sempat bertapa sebentar (untuk mengambil "feel" bagi sesi fotografi agaknya...)




Haris pun tidak melepaskan peluang mengabadikan gaya tersendiri... Tak apa, nanti Datin hadiahkan untuk bagi kat awek.









Pemandangan di sepanjang terowong itu memang indah. Setiap waktu Datin tidak melepaskan peluang merakamkan apa sahaja yang menarik perhatian Datin. Macam mana pun masih tetap terlepas banyak angle-angle yang menarik.






Di sini Datin mengambil peluang untuk membuat beberapa candid shot yang menarik untuk tatapan anda. Datin sengaja fokus lebih kepada Faizal untuk yang kali ini sebab beliau merupakan pemenang hadiah utama. Bagi Datin Faizal bukan sahaja bertuah kerana memenangi hadiah utama tersebut, malah turut bertuah kerana mempunyai rakan-rakan yang sporting. Fuad, Haris, Fendi dan Azrul tentu sekali gembira dan berbesar hati kerana telah dipilih Faizal untuk turut serta. Semoga pengalaman itu kekal dalam ingatan mereka sebagai salah satu kenangan terindah dalam hidup.


















Haris dengan pose istimewa di kawasan terowong yang dipenuhi air hingga ke paras dada.













Faizal bersama Fuad dengan Cheah di celah-celah mereka.











Amboi... AJK SFD07 pun tak lepas peluang memberikan aksi-aksi istimewa.






Di sini Datin siarkan beberapa shot semasa melintas kawasan Lubuk Serebeh di hadapan mulut terowong. Pada waktu itu kami semua sudah letih dan lapar. Di fikiran masing-masing sudah teringatkan makanan.






































Salah seorang peserta sempai melambai buat kali terakhir sebelum meninggalkan kawasan lubuk...





Kami semua berjalan kaki (malah ada yang berkaki ayam termasuk Datin) daripada mulut terowong balik ke Lostworld of Tambun. Elok juga, sebab selepas berhempas pulas dan berletih-letihan keluar daripada terowong, kami diberikan satu excercise yang ringan. Di sepanjang perjalanan dapatlah kami berbual-bual bercerita tentang pengalaman baru itu. Hubungan antara kami kian rapat. Sambil itu, kami juga seronok berjalan kaki melintasi kawasan perumahan mewah di sekitar itu.
Dan of course, model-model Datin pun apa lagi.... Ambil peluang berposing macam biasa.... Jangan marah...

Anna dengan gaya bersahaja, di sebuah terusan buatan. Landscape di situ begitu indah dan sangat mendamaikan fikiran..










Jiba tampak begitu macho, sambil berehat di pinggir kawasan lapang menuju ke Lostworld.













Kalau dah bertaraf model tu, sambil berjalan pun tak der masalah untuk berposing... Kalaulah Tyra Bank nampak ni, tentu makan hati tak dapat turut sama...















Kan Datin dah kata.... Model-model AJK SFD07 memang bertaraf World Top Model. Lihat ler cik Azie kita ni... Boleh jadi rebutan para pemgeluar majalah gituh...
















Akhirnya, kami tiba juga ke destinasi seterusnya.... Berhampiran Needle of Tambun, terdapat lokasi yang kami nanti-nantikan... Masing-masing sudah tidak sabar-sabar lagi untuk beraksi...

Kami sempat berehat sebentar dan bersiap-siap....















Itu dia, Needle of Tambun.... Hanya terdapat di Tambun sahaja dalam dunia ini.
Si Aery ni, masih tetap dengan gaya "Tauke Babi". Tahu ler berasal dari Tambun... bekas kawasan ternakan babi paling terkenal di Ipoh suatu masa dulu...
Hmmmm....
Aktiviti kami seterusnya bukanlah rock climbing.... Gambar Needle of Tambun tu cuma hiasan je... He he.. Nak tahu apa aktiviti kami seterusnya? Teruskanlah bersama Datin.... Bergemerincing...
Bersambung......