Thursday, April 17, 2008

JOM GEMERINCING BERSAMA FAIZAL MURID, PEMENANG GRAND PRIZE SFD07...

Ada banyak berita-berita Jom Gemerincing yang ingin Datin kongsikan bersama anda. Payah juga, nak dimulakan dengan yang mana satu?. Fikir punya fikir, S.U.ZI. dan Poorah PauSana mencadangkan Jom Gemerincing Bersama Faizal Murid, pemenang Hadiah Utama Cabutan Bertuah SFD07 di Lostworld tempohari.



Faizal Murid, jejaka hensem macho daripada Jabatan Penyelenggaraan dan Kejuruteraan amat bertuah kerana telah memenangi pakej percutian - Mengembara Menyelongkar Terowong Batu 6 (6th Miles Tunnel) dan Gua Datok di Lostworld bersama 4 orang rakan-rakan yang beliau pilih. Gemertuah (gemerincing + bertuah) betul dia kerana setelah 3 kali cabutan tidak dituntut, cabutan ke-4 merupakan nombor beliau! Dah rezeki gituh... Datin dan kru turut tumpang gembira. Apa tidaknya, Datin dan Kru pun dapat ler tumpang sekaki atas alasan membuat liputan.... He.. He... He...



Gemertuah Faizal memang telah tempias kepada AJK SFD07... Dengan budi bicara pihak Lostworld, AJK SFD07 dapat juga merealisasikan impian mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu mereka terbahagi kepada dua kumpulan - Kumpulan Dara Menten dan Kumpulan Ibu Rabak. Kumpulan Dara Menten telah menyahut cabaran untuk bersama-sama mengiringi Faizal dan rakan-rakannya menyelongkar terowong dan gua, manakala Kumpulan Ibu Rabak lebih rela berceburan gemeriuh (gemerincing + riuh) bersama keluarga di taman tema Lostworld...
So, Jom Gemerincing dengan Faizal dan rakan-rakannya....

29 MARCH 2008
Menyelongkar Misteri Nusantara di "6th Miles Tunnels"



Pagi-pagi lagi Datin nampak Faizal dan rakan-rakan tiba di perkarangan gerbang utama Lostworld. Sempat berposing maut lagi kat situ. Ada Harris, Fuad dan Fendi... Masing-masing ceria dan teruja. Azrul pula datang kemudian sedikit bersama-sama AJK SFD07 - Baia, Jiba dan Shah. Muka-muka buntat ni sememangnya singgah warung ntah berapa kali di sepanjang jalan... Sham yang tinggal di Ipoh tetiba muncul dan terus join Faizal.


Aery - Chief De Mission, macam biasalah, subuh-subuh lagi dah kejut si Sujatha (Lostworld Sales Co-ordinator) untuk bangun pastikan sarapan sudah siap. Dia tu memang macam itu, sentiasa pastikan we all semua kenyang! Kami bersarapan nasi lemak pagi itu dengan nescafe panas. Memang sedap! Semasa sibuk mengisi perut, tiga jelitawan AJK SFD07 ala-ala Charlie's Angels tiba. Siapa yang tak kenal Ana, Azie dan Padz? Cakap aja aktiviti ke mana sahaja, sure depa ikut sama! Castello yang cool, datang dengan gaya macho menggoda...
Bila dah berkumpul beramai-ramai tu, banyak cerita yang mereka sembangkan. Terhibur juga hati Datin dengan pelbagai kerenah yang mencuitkan hati. Apa tidaknya, bila kami dah mula nak menapak ke destinasi yakni selongkar terowong, ramai yang belum bersiap sedia. Kelam-kabut minta masa untuk tukar baju. Alamak! Tapi tak mengapa, sempat ler juga Datin dan kru pakai leotard corak leopard... Aery meminta Baia bawa mereka mengikut Sujatha ke apartment yang bakal mereka diami malam itu untuk mengambil kunci daripada Kak Jee, pemilik apartment. Jangan tak tahu, ada yang sempat melabur juga... Eloklah, kat dalam terowong apalagi "lembah yang hilang" itu nanti memang tak ada tempat nak melabur. Amboi!!! Masing-masing bila dah tukar baju, terpegun ler pulak Datin dibuatnya... Ada gaya macam pakar-pakar arkeologi.....


bersambung....