Friday, April 18, 2008

JOM GEMERINCING DI 6TH MILES TUNNEL DENGAN SFD07

MENYELONGKAR "6TH MILES TUNNEL" DI LOSTWORLD
bersama AJK SFD07 pada 29 Mac 2008
mengiringi pemenang Grand Prize SFD07



Acara pagi itu dimulakan dengan bacaan doa. Bagus betul anak-anak Datin sekalian. Berdoa untuk keselamatan. Gemersyahdu (gemerincing dalam syahdu) dibuatnya. Macam biasa, sesi fotografi tu tetap ada walau di mana jua.



Masing-masing Datin lihat begitu gemeruja (gemerincing + teruja) dan tidak sabar-sabar lagi. Kami diberikan jaket keselamatan, lampu kepala dan bebatang bijirin sebagai pengalas perut. Sebetulnya pagi itu kami tidak tahu apa yang bakal ditempuhi. Sekali pandang macam ahli kajipurba, dua kali pandang ada juga macam pekerja buruh pembinaan... Namun, ayu dan macho tetap menten.

Kami bertolak dengan menaiki lori keci. Si Aery yang celupar itu sibuk kata kita naik "lori babi". Siap buat bunyi "Oink!Oink!Oink!", sebijik macam makhluk yang menjadi sumber ekonomi itu. Macamanapun, memang seronok naik lori beramai-ramai. Datin rasa macam Miss World-Universe pula, berdiri di atas lori sambil melambai-lambai.

Orang tua-tua kata, seronok tu jangan dihabis-habiskan... Jangan over-gemeronok. Apa taknya, setiba sahaja kami di lokasi, masing-masing dah mula telan air liur. Gulp!... Mana mulut terowongnye? Kat situ? Kena meranduk kolam berlumpur itu? Adui, habislah busana beropol Datin... Lai-li-tam-plong ler dema, siapa nak terghojon dulu.. Memang ler Datin cup-cup di belakang sekali.

Kolam yang dikatakan itu lebih kepada sebuah lubuk macam lubuk puaka. Berserebeh dengan semak-samun yang gemerliut melambai-lambai. Airnya kelihatan jernih tetapi setelah dikocak, menjadi begitu gemelumpur sekali.
Kalau Datin tak terus ikut, lagi takut tinggal sorang-sorang kat situ. Apa nak buat, layan aja ler...




Cheah dari Lostworld memulakan perjalanan menggunakan tali yang merentang lubuk tersebut, diikuti oleh mereka yang memang gemar berkubang. Seorang demi seorang masuk ke dalam air. Gemeredik (gemerincing + gedik) macam ikan keli.

Mula-mula kecut perut tetapi bila nampak bebudak tu seronok bergemeredik kat dalam air, seronok pula rasanya nak ikut serta. Ei, Datin dulu masa muda-muda Ratu Duyung tau... Cakap aja kejohanan renang yang mana satu, semua Datin masuk. Menang je belum lagi... He he.. Selepas simpan kamera ke dalam kantung kalis air (bukan Kalis Rindu tau) En Salleh, Datin pun join aje...

Amboi.... sejuk betul air lopak tu. Rasanya tanah selut ini yang syarikat kosmetik dok buat "clay masque" tu.. Pagi itu, mahu tak mahu, kami dapat rawatan "clay masque" percuma dari Mother Nature (=Ibu Alamiah?)... Ah.. apa-apa aja.

Terasa jugak diri Datin ni macam Janice Dickinson. Bukan aja supermodel, malah professional Photographer juga. Puas pagi itu Datin mengambil foto model-model Belantara kami. Tapi, photographer tak leh nak tangkap gambar sendiri... Frust ah!!! Letih Datin buat "sychronised swimming", kamera dah masuk kantung...

Dasar lubuk tersebut sebenarnya dipenuhi selut atau lumpur yang sangat lembik. Untuk menyeberang, kami tidak boleh menjejakkan kaki ke dasar sebaliknya bergayut kepada tali yang disediakan. Bagi mereka yang tidak pandai berenang atau takutkan air, berpeluh juga tau. Lagi takut, lagi ler "thrill" kan? Bagaimanapun, air di lubuk tersebut memang jernih, sejuk dan menyegarkan. Ia adalah air yang mengalir daripada matair yang banyak terdapat di terowong yang bakal kami selongkar itu.

Selepas berhempas pulas akhir kami semua selamat menyeberang.... Seramnya di mulut terowong... Teringat kisah-kisah Hang Tuah pergi berguru dan bertapa......


Bersambung....








































1 comment:

Anonymous said...

Hi Datin! Best nyer... I pun nak pergi ler... Nak jadi model Datin boleh???