Macam biasa, sebelum memulakan penggambaran, marilah kita berkenalan dengan para aktor dan aktres untuk musim kali ini. Boleh tahan jugak masing-masing dengan gaya dan cara tersendiri.
Selepas lebihkurang 2 jam mengharungi terowong yang penuh cabaran, kami semua selamat tiba ke penghujung perjalanan. Di mulut bukaan yang nampak seperti Batu Belah Batu Bertangkup itu kami keluar daripada terowong seorang demi seorang, sambil menghela nafas lega dan menghirup udara lembah yang segar lagi nyaman. Syabas kerana telah melepasi cabaran pertama!!!
Separuh badan jugalah kami telah basah kuyup dek air terusan dalam terowong. Tapi kami rasa seronok. Jaket keselamatan dan helmet ditanggalkan untuk dikeringkan. Lagipun perjalanan kami selepas itu tidak memerlukannya.


Perjalanan ke Marble Cave

Thumb-up dari Azie, gadis lemah-lembut tetapi lasak.
Wajah-wajah penuh teruja... Bersiap-sedia menyahut cabaran.


Bercakap tentang Bintang Tiga, kawasan ini dulunya merupakan tempat persembunyian kumpulan tersebut. Di sinilah mereka membina kubu.


Di dataran ini terdapat kesan-kesan penempatan anggota komunis lengkap dengan kubu, bangunan pejabat, gua-gua persembunyian, kolam ikan, kawasan latihan menembak, kawasan tanaman herba dan tumbuhan rempah-ratus. Akibat ditinggal lama, kawasan ini dipenuhi semak-samun.
Keseronokan terpancar di wajah kami; sambil bergurau-senda, riuh betul masing-masing menggantikan sekawan kera. Cuma tak ada yang bergayut-gayutan aja.
BERSAMA RAJA ULAR BELUKAR 6TH MILES
Dalam perjalanan itu, kami telah bertembung dengan Raja Ular Belukar 6th Miles. Tak percaya??? Jom teruskan bersama siri Gemerincing ini...



Menyusuri Sungai Siput Sedut
Selepas puas bermain dengan ular, kami melepaskan ular tersebut. Cheah masih lagi takut sebab katanya nanti masa berjalan balik melalui kawasan itu, ular tersebut akan bawa geng tunggu kami di situ. Kami meneruskan perjalanan kami ke Marble Cafe. Di dalam perjalanan itu kami menemui sebatang anak sungai yang jernih airnya. Anak sungai ini sebenarnya adalah dari aliran air mata air yang terdapat di Marble Cave.
Fendi seronok bebenor dengan Siput Sedut...Silap ler sebab tak bawa periuk belanga. Kalau tidak, tentu Datin boleh memasak tengahari itu. Siput sedut masak lemak dengan keladi tentu best!!!
Kelihatan Shah dan Castello bersiap sedia untuk masuk ke dalam lubang tikus untuk memasuki Marble Cave.


Dalam kesibukan ahli lain cuba memasuki Marble Cave, diam-diam cik Padz kita sempat juga pergi ke kawasan yang satu masa dulu merupakan ladang herba dan tumbuhan kontan anggota komunis yang mendiami kawasan itu. Di sana menurut Padz, terdapat kawasan luas dipenuhi pokok Bunga Kantan. Beliau dibantu En. Salleh dan Firus (jurugambar Lostworld) telah mengutip bahagian-bahagian pokok bunga kantan pada beberapa peringkat pembentukan bunga dan buah tumbuhan ini. Selain bunga kantan, terdapat juga tumbuhan lain seperti pucuk paku, malah satu spesies Rafflesia.
Lihat ler tu, Pencinta Alam kita... Jangan memain, kalau kena ketuk dengan buah kantan tu boleh jadi Kera Duku...
Sebelum bergegas pulang semula ke terowong 6th Miles, kami berehat dahulu. Berborak, bergambar dan ada yang menangkap ikan...
Dari kiri: Firuz (jurufoto Lostworld), Cheah (Sales Co-ordinator Lostworld), Jiba dan Faizal.
Oleh kerana masa yang terhad dan keadaan cuaca di sebelah petang yang tidak menentu, kami tidak meneroka kawasan-kawasan lain yang terdapat di dataran itu. Kami perlu segera keluar daripada 6th Miles Tunnel untuk mengikuti program lain pula untuk hari itu.
Bagaimanapun, kami rasa amat seronok dan berpuas-hati dengan pengalaman baru ini. Melalui aktiviti ini, hubungan kami menjadi lebih erat disamping dapat menimba ilmu serta menyihatkan badan.
Tidak banyak foto-foto menarik dapat diambil pada hari itu kerana hampir kesemua kamera kami termasuk kamera jurufoto Lostworld telah kehabisan bateri.
"Tak mengapalah", ujar Chief De Mission kami, Aery. "Ada rezeki kita datang lagi dengan projek yang lebih khusus".
"Ini pun kira foto menarik..." katanya lagi sambil berposing di sebelah sisa-sisa binaan kubu peninggalan anggota komunis.
Pengalaman beraksi dalam siri SURVIVOR celup ini boleh diibaratkan kepayahan melalui kehidupan seharian juga. Untuk melakukan perkara yang baru iaitu yang berlainan dari kebiasaan tentulah ada sahaja halangan dan rintangan yang tidak diduga akan terpaksa ditempuhi. Namun, anggaplah ia sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kita terhadap masyarakat terutama untuk mereka yang masih bertakung di bawah tempurong. Ilmu itu sebenarnya terdapat di mana-mana walaupun di dalam longkang. Malah Pasteur mendapat ilmu berhubung Penicillium sehingga terciptanya antibiotik Penisilin adalah melalui cecair yang menitis dari lubang hidung beliau.... (eh.. eh... relevan ke dengan 6th Miles Tunnel??? Terowong gak tu...)
bersambung.......